Tahun ini Langkawi masih meneruskan pertunjukan dan pameran untuk LIMA LANGKAWI.
Sekiranya anda ingin melihatnya, tempahanlah bilik secepat yang mungkin. Harga untuk bilik juga naik mendadak iaitu dua kali ganda dari harga bilik. Tahun ini ramai pertunjukan yang mereka tunjukkan kepada penonton. Bagi mereka yang tidak pernah melihat, ini lah peluang untuk anda melihat dengan lebih dekat.
Tarikh untuk pertunjukan mereka bermula dari 21 - 25 Mac 2017. Akan tetapi 21 - 23 Mac 2017 adalah untuk tetamu VIP / VVIP sahaja. Bagi orang awam boleh masuk pada tarikh 24 - 25 Mac 2017 sahaja. Pertunjukan ini ditempatkan di Dewan Mahsuri bersebelahan dengan Airport Langkawi.
Pertunjukan kapal selam dan kapal tentera TLDM yang lain boleh disaksikan di kawasan Awana Porto Malai / Resort World yang terletak di terletak di Pantai Tengah. Anda juga boleh masuk didalam kapal tersebut sekiranya anda ingin melihat lebih dekat keadaan dan peralatan canggih di dalam kapal tersebut.