20/06/2017


SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA UMAT ISLAM.

AMPUN DAN MAAF DIPINTA DARI KAMI WARGA SANDY BEACH RESORT LANGKAWI.





- berhati-hati pulang ke kampung.
- ingatlah orang yang tersayang menanti anda.

02/06/2017



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DARI KAMI WARGA SANDY BEACH RESORT LANGKAWI 2017




 * Berhati-hati apabila pulang ke kampung. Memandu dengan cermat dan selamat dan ingatlah orang tersayang yang menanti anda.

16/03/2017


Tahun ini Langkawi masih meneruskan pertunjukan dan pameran untuk LIMA LANGKAWI.
Sekiranya anda ingin melihatnya, tempahanlah bilik secepat yang mungkin. Harga untuk bilik juga naik mendadak iaitu dua kali ganda dari harga bilik. Tahun ini ramai pertunjukan yang mereka tunjukkan kepada penonton. Bagi mereka yang tidak pernah melihat, ini lah peluang untuk anda melihat dengan lebih dekat.

Tarikh untuk pertunjukan mereka bermula dari 21 - 25 Mac 2017. Akan tetapi 21 - 23 Mac 2017 adalah untuk tetamu VIP / VVIP sahaja. Bagi orang awam boleh masuk pada tarikh 24 - 25 Mac 2017 sahaja. Pertunjukan ini ditempatkan di Dewan Mahsuri bersebelahan dengan Airport Langkawi.

Pertunjukan kapal selam dan kapal tentera TLDM yang lain boleh disaksikan di kawasan Awana Porto Malai / Resort World yang terletak di terletak di Pantai Tengah. Anda juga boleh masuk didalam kapal tersebut sekiranya anda ingin melihat lebih dekat keadaan dan peralatan canggih di dalam kapal tersebut.


07/02/2017

Perkenalan Mengenai Sandy Beach Resort Langkawi.


Sandy Beach telah dibuka pada tahun 1982 iaitu permulaan penginapannya adalah dengan bangunan Chalet yang pertama dibuka di Pantai Cenang. Sandy Beach Resort Langkawi yang berkonsepkan Resort adalah milik penuh bumiputera yang terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Sandy Beach mempunyai 150 buah bilik penginapan yang mampu menampung jumlah besar bagi pelancong dalan dan luar negeri. Kami juga menyediakan pakej untuk penggunaan bilik mesyuarat.












 




 

Kawasan penginapan kami mempunyai dua bahagian iaitu seberang jalan dan berdekatan pantai. Kawasan parking kereta juga disediakan bagi tetamu yang menginap. Kami mempunyai 5 jenis penginapan iaitu :

1). Deluxe Family Room (Seberang jalan)
      - Penginapan yang boleh memuatkan 4 orang tetamu untuk 1 bilik
      - Maxsimum 5 orang tetamu untuk 1 bilik
      - 100 meter ke pantai

2).  Standard Room ( Seberang jalan )
     - Penginapan yang boleh memuatkan 2 orang tetamu untuk 1 bilik
     - Maxsimum 3 orang tetamu untuk 1 bilik
     - 100 meter ke pantai

3). Superior Room (Berdekatan pantai)
     - Penginapan yang boleh memuatkan 2 orang tetamu untuk 1 bilik
     - Maxsimum 3 orang tetamu untuk menginap 1 bilik
     - Jenis bilik dalam bangunan dan bukan pemandangan pantai.

4). Chalet (Pemandangan Pantai)
     - Penginapan yang boleh memuatkan 2 orang tetamu sahaja untuk 1 bilik
     - Hanya chalet sahaja pihak hotel tidak terima untuk tempahan untuk internet.
     - Tetamu yang inginkan menginap chalet boleh datang terus ke reception kerana " First come, first serve".

5). Suite Room (Pemandangan Pantai) - 1 unit sahaja
     - Yang boleh memuatkan tetamu 4 orang dan maxsimum 6 orang sahaja.
     -  Suite room ini mempunyai 2 bilik tidur yang berasingan dan ruang tamu.

Kami juga turut menyediakan pakej perkhidmatan BBQ dinner, makan malam dan makan tengahari. Yang bermula dengan 25 pax keatas dengan harga yang berpatutan.
 
Pantai Cenang adalah diantara pantai yang terpanjang dan yang tercantik dlam menjadikan satu destinasi utama untuk dilawati oleh pelancong dalam dan luar negeri. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah, restoran dan deretan lot kedai cenderamata serta pakaian.

Aquarium yang terbesar di Malaysia iaitu Underwater World berada lebih kurang 500 meter dari Sandy Beach Resort. Sekiranya ingin ke Kuah, perjalanannya lebih kurang 30 minit sahaja. Dikawasan cenang juga terdapat travel agensi sekiranya anda ingin memdapatkan kereta sewa mahupun membuat lawatan disetiap pulau di Langkawi.




SANDY BEACH RESORT
Pantai Cenang,
Kedawang, 07000
Langkawi, Kedah
Tel :04-955 1308
Fax : 04-955 1662
Email : sandybeachresort88@gmail.com