07/11/2018

STANDARD ROOM (2 PAX)









FAMILY DELUXE ROOM (4 PAX)





 

31/10/2018

Pemberitahuan Kepada Semua Tetamu Kami..


Terima kasih kami ucapkan kepada tetamu-tetamu kami yang telah menginap dan yang akan menginap di Sandy Beach Resort Langkawi. Bilik kami mempunyai dua bahagian iaitu bilik yang seberang jalan (Deluxe Family & Standard Room) dan berdekatan pantai (Superior Room).

Bermula pada 01 Oktober 2018, kami menyediakan reception pada dua tempat yang berbeza. Kepada tetamu yang menginap di seberang jalan sudah ada reception sendiri dan tidak perlu pergi ke reception di sebelah pantai lagi. Untuk reception di seberang jalan adalah berhadapan dengan kawasan parking. 

Nama terbaru hotel untuk yang di seberang jalan adalah SANDY GARDEN dan nama hotel di sebelah pantai adalah SANDY BEACH RESORT. 

Diharap dengan penerangan ini dapat memudahkan tetamu kami. 

Sekiranya ada pertanyaan boleh menghubungi kami. 

Terima kasih.


regards,

SANDY GARDEN LANGKAWI
04 - 952 3515
Email : receptionsandygarden@gmail.com
Email : salesandybeach@gmail.com


27/08/2018


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARI KAMI WARGA SANDY BEACH RESORT LANGKAWI. 




20/06/2017


SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA UMAT ISLAM.

AMPUN DAN MAAF DIPINTA DARI KAMI WARGA SANDY BEACH RESORT LANGKAWI.





- berhati-hati pulang ke kampung.
- ingatlah orang yang tersayang menanti anda.

02/06/2017



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DARI KAMI WARGA SANDY BEACH RESORT LANGKAWI 2017




 * Berhati-hati apabila pulang ke kampung. Memandu dengan cermat dan selamat dan ingatlah orang tersayang yang menanti anda.

16/03/2017


Tahun ini Langkawi masih meneruskan pertunjukan dan pameran untuk LIMA LANGKAWI.
Sekiranya anda ingin melihatnya, tempahanlah bilik secepat yang mungkin. Harga untuk bilik juga naik mendadak iaitu dua kali ganda dari harga bilik. Tahun ini ramai pertunjukan yang mereka tunjukkan kepada penonton. Bagi mereka yang tidak pernah melihat, ini lah peluang untuk anda melihat dengan lebih dekat.

Tarikh untuk pertunjukan mereka bermula dari 21 - 25 Mac 2017. Akan tetapi 21 - 23 Mac 2017 adalah untuk tetamu VIP / VVIP sahaja. Bagi orang awam boleh masuk pada tarikh 24 - 25 Mac 2017 sahaja. Pertunjukan ini ditempatkan di Dewan Mahsuri bersebelahan dengan Airport Langkawi.

Pertunjukan kapal selam dan kapal tentera TLDM yang lain boleh disaksikan di kawasan Awana Porto Malai / Resort World yang terletak di terletak di Pantai Tengah. Anda juga boleh masuk didalam kapal tersebut sekiranya anda ingin melihat lebih dekat keadaan dan peralatan canggih di dalam kapal tersebut.